Ghostwriter

Ghostwriter biasanya disebut sebagai penulis hantu. Ia juga ditafsir sebagai penulis siluman. Mengikut Kamus Dewan, siluman ialah orang halus, bunian. Makhluk yang tidak kelihatan.

Secara literal, maksud ghostwriter ialah penulis yang tidak kelihatan. Karya terbit, tetapi nama penulisnya adalah orang lain.

Umumnya, penulis siluman adalah orang yang mengambil upah menulis untuk orang lain. Bermakna, klien akan dapat karya dan penulis terima upah. Selesai.

Mengapa ada pekerjaan / servis ini?

Dalam dunia, jarang ada orang yang pakar dalam dua perkara serentak.

1. Ada yang dikurniakan kelebihan idea, selalu ada banyak buah fikiran dan hal mahu diucapkan, tetapi dia tidak ada satu perkara; masa untuk menulis atau menumpahkannya ke atas kertas.

2. Ada yang suka bercerita tetapi dia tidak tahu cara menulisnya menjadi ayat yang sedap dibaca.

3. Ada yang lebih gemar bercakap dan perlu bantuan orang lain untuk mengubahnya ke bentuk teks.

Sejauhmana hebat pun idea itu, tinggi atau banyak macam mana pun ilmu yang dimiliki, tidak berguna apabila tidak diamalkan. Rugi besar, apabila tidak diikat (ditulis). Sangat baik, apabila ilmu itu kita tulis da terbitkannya. Biar ia pergi jauh dan menembusi lebih banyak fikiran dan hati, dengan izin Tuhan.

Leave a comment