Kemahiran perlu diasah.
Bagaimana mahu membangunkan skil penulisan yang baik?
1. Pergi kelas penulisan.
Saya sendiri berguru dengan beberapa orang guru penulisan.
+ Selain menambah ilmu, kita akan bertemu ramai individu yang mempunyai minat serupa.
+ Ia membuka banyak peluang kerjasama selain ruang duduk dalam jemaah.
+ Saya menemukan penulis bersama buku Aku Terima Cintanya melalui kelas penulisan.
Mencari kelas penulisan?
Klik pautan berikut:
1. Ghostwriter
2. Buku Umum
3. Cerpen
2. Sertai seminar penulisan dan berkenalan dengan seramai mungkin orang bidang.
+ Di seminar, ruang bertemu mata dan berdiskusi lebih terbuka.
+ Banyak idea segar boleh didapatkan melalui perkongsian di seminar.
+ Cari projek dan rakan penulis di seminar.
+ Datang dengan minda dan hati terbuka, dengan niat mahu belajar.
3. Follow dan belajar dengan para senior serta rakan bidang di laman Facebook, Instagram, blog atau Twitter.
+ Kumpul tip yang dikongsikan para penulis lain di laman sosial mereka.
+ Pelajari teknik penulis senior berinteraksi dengan pembaca mereka.
+ Tegur penulis senior dan perkenalkan diri.
4. Dengar kuliah para penulis / jurulatih penulisan.
+ Google kata kunci berkaitan penulisan (bahasa melayu atau inggeris) dan gali ilmu dari mana-mana laman yang ditemukan.
+ Sesuaikan teknik penulisan yang diperoleh dengan budaya dan stail penulisan kita.
+ Ambil ilmu positif dan amalkan yang bersesuaian. Tidak semua kaedah sesuai untuk kita.
5. Terus belajar dan berlatih.
“Jika kamu mahu menjadi penulis, kamu perlu melakukan dua perkara dengan sangat banyak, melebihi hal-hal lain; membaca dan menulis.”
– Stephen King
+ Seperti mana-mana kemahiran, skil penulisan juga perlukan latihan yang banyak untuk mahir.
6. Sertai sayembara / pertandingan penulisan
+ Selain itu, ia turut membuka peluang bagi karya yang bagus untuk diterbitkan.
+ Nota: Pastikan tuan / cikpuan baca dan kaji syarat penyertaan baik-baik.

Sayembara yang boleh disertai.
7. Banyakkan membaca cerpen dan bahan bacaan berkaitan.
+ Tujuannya, supaya kita biasa dengan format dan gaya penulisan cerpen.
+ Mengkaji cerpen pemenang anugerah sastera atau sayembara adalah langkah yang baik.
+ Ulasan cerpen di majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Tunas Cipta adalah ruang yang baik untuk belajar.
+ Munsyi Dewan, Puan Nisah Haron ada kongsikan entri ‘Nikmat Membaca Buku-buku Tentang Buku’ yang bermanfaat dan menarik untuk dijadikan amalan.
Jika tuan puan mencari panduan menulis cerpen, klik pautan Set-Ebook-Teknik-Menulis-Cerpen untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kata seseorang, membangun skill penulisan ya dengan langsung menulis di media apa saja seperti blog, facebook dan lain nya.
LikeLiked by 1 person
Ya, itu juga salah satu caranya. Praktis berterusan.
LikeLike