Kutip Pengalaman Mahal

03 Ogos 2019. Hari yang penuh pengalaman baru. Juga, jumpa ramai orang baik-baik.

Awal pagi, sudah bertolak ke RTM. Menemani mentor untuk slot Bedah Buku di Selamat Pagi Malaysia.

Semestinya untuk buku Nota Perempuan Backpacker. Naskhah yang sedap dibaca, banyak cerita yang mengingatkan soal bersyukur dan sedar diri.

Paling tidak dilupakan ayat ini, “Kita selalu jumpa orang baik-baik sewaktu mengembara bukan sebab nasib kita baik, tapi sebab Tuhan kasihan.”

Melihat proses di studio, saya belajar banyak perkara. Dari menunggu giliran di-touch up jururias hingga ke studio. Serba laju dan cekap semuanya.

Sudahlah sesi rakaman pun saya tak pernah pergi, kali ini tudiaaa Allah bagi tengok macam mana proses untuk siaran live dibuat. Allahu akbar, seronok! Saya menikmati pengalaman itu sehabis baik.

Saya kagum melihat dua pengacaranya, Tuan Syahren dan Cikpuan Zehra. Membayangkan mereka perlu menyantuni dan bersesi dengan ramai tetamu sejak siaran bermula. Berselang 10 ke 15 minit, sudah jumpa tetamu lain.

Bermakna perlu tukar setting dalam fikiran dan bersedia untuk membincangkan topik lain. Pastilah lingkup pengetahuan mereka bukan calang-calang. Saya ini, mahu cakap pasal satu topik saja pun, berpeluh dan gemuruhnya bukan main. Sampai tak lalu makan pun ada.

Pengalaman ini mahal. Insya-Allah, mahu manfaatkan ilmu yang diselit dalam sela perbualan dengan mentor dan lewat pemerhatian sendiri.

Saya beritahu, suka lihat cara cikpuan kita duduk. Elegan. Segera dia sampaikan tip yang diajarkan oleh Puan Mary Anni (Oh, terserempak dengan beliau di Kinokuniya tadi. Rugi pula tak selfie.)

– Silang kaki sedikit sahaja, letakkan sebelah kaki di hadapan supaya duduk tak nampak terkangkang.
– Postur badan akan jadi tegak dan terlihat lebih bersedia.

Sebab sudah diajak ke sini, saya jalankan peranan. Bawakan barang dan ambilkan gambar. Ini penting.

+ Apabila ada jemputan ke acara, bawa seorang teman.
+ Supaya menaikkan esteem diri dan mengelakkan first impression yang tidak enak kepada orang lain.
+ Paling utama, kita yang tengah sibuk nak bersedia untuk live tak disibukkan dengan hal remeh.

Untuk mengambil gambar itu, saya manfaatkan pengetahuan yang diajarkan Kak Wildan Haya dan Rodhiah Rahman semasa kami ke Korea pada bulan Mei lalu.
– Carikan sudut paling cantik untuk orang yang kita mahu ambil gambar.
– Subjek tidak perlu bergerak, kamera yang perlu dialihkan.
– Pastikan gambar tegak, tidak senget sesuka rasa.
– Pastikan subjek di tengah gambar dan ‘naik’, tidak tenggelam dengan latar.

Saya bergerak di antara tiga buah kamera rakaman dan penjaga cue, mencari sudut terbaik dan snap gambar dari ketiga-tiga tempat. Alhamdulillah, lega dapat ambil gambar yang tidak mengecewakan.

Keluar dari set, kami berfikir soalan yang sama. Bagaimana laluan nak ke pondok pengawal? Allah Maha Baik, Dia datangkan seorang mak cik. Pekerja di RTM yang minta ditumpangkan, kerana jalan di sini berbukit-bukit. Alhamdulillah, dia yang tunjukkan kami jalan keluar.

Selesai sesi di RTM, kami ke Plaza Low Yat. Berjalan-jalan cari gajet, juga cari makanan Korea. Rindu….

Berbincang hal drama Korea, perancangan sendiri dan industri buku, sambil makan japchae dan steam egg. Fuh, serius syok!

Terima kasih ajak saya, Cikpuan mentor!

Alhamdulillah, hari yang indah untuk Sabtu pertama Ogos 2019. Terima kasih Tuhan, kerana selalu mengasihaniku.

Berpeluang bertemu Puan Rozita Ibrahim. Auranya hebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s