TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #1

TRANSKRIP AUDIO

Ini gajet untuk saya bekerja secara mobil. Saya tidak ada laptop, dan selalunya bekerja di depan pc di rumah.

Apabila perlu bekerja di luar, inilah yang saya bawa untuk kerja-kerja transkrip audio.

Mengapa tak ada laptop? Sebab laptop saya rosak. Insya-Allah, nanti poket dah tebal saya beli laptop yang baru dan ringan.

71378055_10218330395044124_7075368083631636480_o

Oh ya, ada rakan yang bertanya.
Transkrip audio tu buat apa?

Juru transkrip audio ini kerjanya menyalin atau memindahkan rakaman suara ke bentuk teks. Ini salah satu kerja ghostwriter/ penulis siluman juga.

Apa gajet atau aksesori yang perlu ada?
1. Pemain audio
Yang ini, gunakan apa-apa aplikasi yang boleh memainkan fail .mp3.

2. Headphone/ earphone
Lebih baik gunakan headphone yang selalunya lebih kedap bunyi luar. Jadi, kita akan lebih fokus mendengar bunyi daripada rakaman yang dimainkan sahaja.

3. Peralatan menulis
Yang ini biasanya laptop, telefon bimbit, pc, tablet dan lain-lain. Di mana yang anda selalu menulis, begitu jugalah peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja transkrip.

4. Perisian transkrip
Yang ini, jika ada perisian khusus lebih baik sebab kerja-kerja lebih laju. Contoh perisian yang baik adalah Expres Scribe. Harga lesennya sekitar RM130.

5. Foot pedal
Ini juga, alat bantu untuk melajukan kerja transkrip (untuk pause audio dan sebagainya), tanpa perlu mengalihkan jari dari papan kekunci.

Bagaimana jika saya belum ada item 4 dan 5? Yang itu, tambahan sahaja. Paling utama, anda ada item 1 hingga 3. Juga, telinga yang tajam dan peka untuk mendengar audio.

Luaskan pembacaan juga, bagi memudahkan kita lebih peka dengan perkataan yang disebutkan. Apabila kita biasa dengan macam-macam perkataan, kerja-kerja transkrip juga akan lebih lancar.

Itu sahaja dulu, nanti saya kongsikan lagi. Kita cerita mengenai aplikasi pula.

Mahu belajar lebih lanjut mengenai ghostwriter? Klik di sini.

#ghostwriter

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s