TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #2

Selepas saya berkongsi mengenai servis transkriptor, ada rakan bertanya. Transkriptor ni kerja ghostwiter ke? Bagaimana kerja-kerja transkrip ini dibuat? Maka, saya berkongsi di sini.

Benar. Salah satu khidmat yang boleh dilakukan oleh penulis siluman adalah menjadi transkriptor. Bahkan, ia antara cara yang paling mudah dan pilihan yang baik untuk bermula sebelum kita menjadi lebih yakin untuk mula mengambil tugas menulis artikel, buku, dokumen rasmi dan sebarang kerja penulisan yang lain.

Apa yang perlu dilakukan oleh transkriptor?
1. Transkrip audio
– Memindahkan rakaman suara ke bentuk teks.

2. Transkrip video
– Dalam kata lain, menyediakan sari kata.

Bagi transkrip video, ada juga klien yang mahukan isi video dipindahkan ke fail teks, yang kemudiannya digunakan sebagai bahan untuk penulisan artikel/ buku, dan sebagainya.

Untuk tugasan begini, dua cara boleh dilakukan:
i) Transkrip terus audio daripada video berkenaan.
ii) Tukar format audio ke bentuk mp3 sebelum membuat transkrip.

Tidak ada isu sebenarnya, tetapi jika penulis menggunakan aplikasi yang tidak boleh memainkan format video, langkah ii) perlu dilakukan dahulu.

Dalam menyediakan transkrip, ada dua format yang berkemungkinan diminta oleh klien:
a) Transkrip seperti audio/ video asal
– Bagi kes ini, transkriptor perlu menulis semula semua audio yang didengari.
– Ini termasuklah [ketawa], [batuk], dan segala perbualan yang tidak berkaitan dengan penyampaian penyampai utama dalam audio.

b) Transkrip bersih (clean verbatim)
– Selalunya, klien meminta format ini.
– Bagi format ini, audio yang tidak berkaitan dengan topik atau penyampaian speaker utama tidak ditranskrip.
– Contohnya, speaker berada di restoran ketika rakaman dibuat. Terdapat rakaman antara pelayan dengan pelanggan di meja lain di dalam audio berkenaan. Maka, bahagian ini tidak perlu ditranskrip.
– Penulis perlu mengedit dahulu (membuang ‘noise’) daripada teks sebelum menghantarnya semula kepada klien.

PENTING:
– Penulis tidak membetulkan tatabahasa atau mengolah ayat yang diucapkan oleh speaker. Tulis ayat penuh seperti yang didengari. Tujuan transkrip adalah membantu klien mengingat semula isi rakaman.
– Jika perkataan yang diucapkan adalah dialek negeri, penulis boleh mengubahnya kepada perkataan standard.
– Jika perkataan dialek ini ada dalam Kamus Dewan, maka tuliskan sahaja seperti yang disebut.
– Bagi audio yang tidak jelas, tandakan sahaja dalam teks. Gunakan tag [tidak jelas].

Terdapat TIGA kategori transkrip iaitu (i) umum, (ii) undang-undang, dan (iii) perubatan.

Dan ya, saya suka menjadi transkriptor. Banyak maklumat baru yang saya belajar daripada audio dan video klien.

Dapat sesuatu? Klik share, supaya rakan-rakan kalian juga mendapat maklumatnya.

Mahu dapatkan servis transkriptor?
Klik pautan ini bagi urusan seterusnya.

Nota: Buat rakan-rakan yang berminat mahu menjadi ghostwriter, klik pautan ini untuk info mendapatkan lanjut.

#ghostwriter
#iamatranscriber

75478425_10218694176058422_7538343645217292288_o