Menyertai Bengkel Asas Biblioterapi, saya faham beberapa perkara :
1. Biblioterapi adalah terapi kendiri yang dilakukan oleh individu sebagai cara untuk menyelesaikan isu yang dihadapi dengan cara membaca buku.
(Biblioterapi = buku + terapi)
2. Buku yang dipilih menawarkan solusi yang bersesuaian dengan situasi yang dihadapi.
3. Tidak semestinya penyelesaian itu hanya wujud dalam naskhah bukan fiksyen.
4. Jalan keluar bagi situasi pembaca boleh juga wujud melalui penyelesaian yang digunakan oleh watak dalam karya fiksyen.
5. Buku yang menunjukkan jalan keluar bersifat negatif tidak sesuai dijadikan bahan untuk biblioterapi.
6. Penyelesaian juga boleh wujud dalam bab tertentu sahaja, tidak semestinya perlu membaca buku dari kulit ke kulit.
7. Pengamal biblioterapi mesti suka buku dan suka membaca.
8. Buku biblioterapi mengajak pembaca lebih menghargai dan mencintai diri sendiri. Seperti langkah keselamatan dalam kapal terbang, pasang topeng udara pada diri sendiri dahulu sebelum membantu orang lain.
9. Semua ini buat saya nampak satu perkara, buku-buku tulisan saya juga berada dalam kategori buku #biblioterapi.
10. Aku Terima Cintanya dan Jodoh Berdua duduk dalam kategori biblioterapi untuk perhubungan.
11. Awas! Jurutera di Hadapan boleh diletakkan dalam kategori biblioterapi untuk kerjaya.
12. Kita semua sama. Mahu hidup gembira dan bahagia. Membaca buku yang menawarkan hal ini juga salah satu penyelesaian dalam hidup.
13. Peratusan pesakit mental di Malaysia semakin meningkat. Sekarang, sudah 40%. Sebagai penulis, kita ada ruang untuk menyediakan bantuan awal khususnya bagi kes sederhana.
14. Buat rakan-rakan penulis dan editor, pertimbangkan hal ini apabila mahu berkarya. Baik karya fiksyen mahupun bukan fiksyen.
15. Insya-Allah, saya mahu terlibat lebih aktif dalam Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).
Yes. Find your own way to smile again.

Beruntung, saya duduk di antara dua orang sifu hebat. Mujur juga ini ujian boleh tanya soalan. Habislah dua orang ini jadi tempat rujukan saya.
Habis kursus, sakit kepala bukan main. Terpaksa telan panadol sebaik sampai di rumah.
Rupa-rupanya tak mudah nak pilih dan ‘prescribe’ buku untuk biblioterapi. Insya-Allah, ini langkah pertama.
Tak sengaja sedondon. Kahkah