TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #3

Tahukah anda?

Purata 4-5 jam diperlukan untuk mentranskrip audio 1 jam.

4 faktor mempengaruhi proses mentranskrip audio/video

Sebetulnya berapa lama masa yang diperlukan untuk mentranskrip sesebuah audio/ video? Secara purata, empat hingga lima jam diperlukan untuk menyalin semula konten rakaman ke bentuk teks. Ini merangkumi rakaman daripada pelbagai kualiti dan situasi.

Selain faktor kecekapan transkriptor itu sendiri, ada empat faktor lain yang mempengaruhi kelajuan proses mentranskrip sesebuah fail audio/video. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi proses mentranskrip audio/ video:

1. Kelajuan ucapan/ percakapan penyampai di dalam audio/video
Kelajuan penyampaian di dalam audio mempengaruhi jumlah perkataan yang dituturkan. Secara purata, penulis yang mahir menulis tanpa perlu melihat papan kekunci menaip sekitar 50-75 perkataan seminit.

Apabila penyampai bercakap laju, jumlah perkataan yang perlu ditaip juga akan lebih banyak. Maka, lebih banyak masa diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja transkrip. Transkriptor juga perlu lebih masa untuk mendengar perkataan yang disebutkan.

Sekiranya penyampai pada kelajuan yang perlahan, jumlah perkataan per minit juga akan berkurang.

2. Jumlah penyampai/ speaker di dalam audio/video
Semakin ramai penyampai dalam satu fail audio, semakin lama masa yang diperlukan untuk mentranskrip. Salah satu sebabnya, transkriptor perlu lebih masa untuk membiasakan diri dengan stail percakapan seseorang penyampai.

Apabila berlaku cross talking, proses mentranskrip akan terganggu; mengenalpasti penyampai mana yang bercakap dan perkataan yang disebut semasa pertindihan suara berlaku itu mengambil masa.

3. Kualiti rakaman
Sekiranya kualiti rakaman tidak bagus, lebih banyak masa diperlukan untuk mentranskrip. Contohnya, mentranskrip sepotong ayat daripada audio yang banyak bunyi latar akan memerlukan lebih daripada lima minit sedangkan ia boleh diselesaikan dalam tempoh kurang satu minit bagi audio yang jelas.

Biasanya, transkriptor akan memilih untuk memulangkan fail yang terlalu banyak gangguan bunyi seperti latar yang bising, perbualan telefon yang ada masanya tidak jelas atau terputus-putus dan ada terlalu banyak gangguan kepada konten penyampai. Namun jika transkriptor bersetuju melakukannya, caj yang dikenakan akan lebih tinggi.

4. Kejelasan suara penyampai
Kualiti suara penyampai juga menjadi faktor yang mempengaruhi proses mentranskrip. Ini termasuklah sekiranya penyampai ada slanga tertentu dan menyukarkan pemahaman pendengar, atau sekiranya bahasa Melayu bukan bahasa ibunda penyampai.

Selain itu, terdapat juga penyampai yang bergumam sehingga ada sebutan yang tidak jelas atau kedudukan mulut terlalu jauh daripada mikrofon sehingga audio yang dirakam tidak jelas. Terlalu rapat dengan mikrofon juga tidak bagus sebab ada kemungkinan bunyi bising lain akan terdengar di dalam rakaman.

Bagaimana menjadikan proses mentranskrip lebih laju?

  1. Gunakan perisian khusus untuk mentranskrip
    Perisian khusus ini akan membantu anda mentranskrip dengan lebih laju, kerana anda tidak perlu mengalihkan jari daripada papan kekunci untuk pause/play rakaman audio.
  2. Jangan berhenti
    Ya, sila duduk dan jangan lari. Dengar dan salin semula audio tanpa berhenti di mana-mana. Sekiranya ada bahagian yang tidak jelas, tandakan dahulu. Jika ada kesilapan ejaan, elakkan berhenti untuk membetulkannya.
  3. Praktis berterusan
    Semakin banyak praktis, semakin laju anda menaip. Jika perlu, masuk mana-mana kelas menaip atau program yang mengajar teknik menaip tanpa melihat papan kekunci (touch typing) yang betul.
  4. Gunakan headset yang bagus
    Headset yang berkualiti membantu anda mendengar dengan lebih baik. Laburkan sedikit wang anda untuk membeli headset yang baik (noise-cancelling stereo). Saya pernah tanya rakan, jawapannya mudah. Makin mahal harganya, bermakna headset itu makin bagus.

Dapat sesuatu?

Mahu dapatkan servis transkriptor?
Klik pautan ini bagi urusan seterusnya.

Nota: Buat rakan-rakan yang berminat mahu menjadi ghostwriter, klik pautan ini untuk info mendapatkan lanjut.

#ghostwriter
#iamatranscriber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s