Sekolah Penulisan Ramadan: Menulis Novel menggunakan Kerangka Teknik Surah Yusuf

Ramadan tahun ini, Syeikh Nouman dan Bayyinah Institute memilih surah Yusuf sebagai surah untuk dikupas dari pelbagai sudut, ayat demi ayat.

Daripada perkongsiannya untuk pengenalan, menurut kajian dan teori para sarjana, perkataan Yusuf itu berasal daripada kata akar asaf (alif, sin, fa) yang juga membawa maksud kesedihan (sorrow, sadness).

Surah ini juga disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad SAW pada tahun kesedihan, sebagai pujukan dari Tuhan.

Berbalik kepada kata akar asaf tadi, para sarjana mentafsirkan ia disebabkan kisah hidup Yusuf penuh dengan babak menyedihkan.

Ada banyak sebab yang menjadikan hidupnya penuh momen duka. Yusuf dibenci abang-abangnya, terpisah daripada keluarga sejak kecil, dijual dan dijadikan hamba, dan dipenjara.

Ironi, kisah sedih ini disampaikan dalam ayat yang paling indah melalui surah Yusuf. Kontradiksi ini membuatkan ia menjadi surah yang unik dan indah untuk dikaji dan dipelajari selain kisah peribadi Yusuf yang disampaikan secara lengkap dalam sebuah surah (dari kecil hingga dewasa).

Ketahuilah, dalam Sekolah Penulisan Ramadan yang akan bermula pada 8 Mei 2020 ini, perkongsian mengenai kaedah membina asas rangka novel menggunakan Teknik Surah Yusuf akan disampaikan oleh guru saya, Cikpuan Azzah Abdul Rahman.

Beruntunglah 1,000 peserta yang sudah mendaftar. Buat yang belum, pintu peluang masih terbuka.

Kepada yang bertanya, tidak ada kuliah secara live (risikonya sangat tinggi). Semua kuliah berbentuk rakaman dan anda boleh masuk kelas dan belajar mengikut kesesuaian masa sendiri.

Lebih menarik, anda akan mendapat akses untuk ulangkaji video selama 11 bulan, sehingga Ramadan akan datang.

Maklumat lanjut pendaftaran, klikĀ Sekolah Penulisan Ramadan. Acara ini turut disenaraikan sebagai salah satu aktiviti utama untuk Kuala Lumpur Ibu Kota Dunia 2020 #klwbc2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s