TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #4

Semalam, saya menduduki satu lagi ujian untuk pentranskrip. Seronok, sebab setiap kali saya belajar sesuatu.

Selepas hantar, ada isu teknikal pula. Maka, saya maklumkan kepada pihak admin dan sama-sama mencari penyelesaian.Alhamdulillah, pagi ini isu berkenaan berjaya diselesaikan selepas lima kali percubaan. Semoga lulus, bersama markah lebih untuk kegigihan. Kahkah

Untuk rakan pentranskrip, perhatikan hal berikut:

1. Format yang dimahukan setiap klien tidak sama. Semak dahulu hal ini sebelum memulakan kerja.

2. Sekalipun ada bahagian yang anda sudah tahu, tetaplah periksa dahulu supaya klien berpuas hati dengan hasil yang mengikut tetapan ‘in-house style’ mereka.

3. Jika ada bahagian yang tidak jelas, tandakan masanya supaya mudah untuk klien rujuk semula.

4. Tidak perlu bersusah-payah edit teks yang ditranskrip kecuali diminta. Pentranskrip bukan editor. Maka, bertabah sahaja dan salin teks yang salah tatabahasa itu.

5. Jangan lupa, beri sebut harga dan ambil deposit sebelum memulakan kerja.

Selamat mentranskrip!

Tuan puan mencari penyalin teks audio dan video? Boleh hubungi saya.

P/S : Mohon maaf kepada semua yang meminta untuk menyertai TATeam. Tidak ada kekosongan buat masa ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s