TIP FREELANCER : TRANSKRIPTOR #5

Background vector created by iconicbestiary – www.freepik.com

Salah satu cabang pekerjaan #ghostwriter ialah menjadi pentranskrip. Terdapat tiga jenis transkripsi utama iaitu general (umum), medical (perubatan) dan legal (guaman).

Mari kita tengok setiap kategori transkripsi ini.

1. General Transcription

Transkripsi umum, meliputi banyak bidang selain perubatan dan undang-undang. Antaranya ialah akademik, kajian, bisnes, podcast, temu bual dan banyak lagi.

Bidang ini menawarkan banyak ruang dan permintaan, walaupun anda baru menceburinya dan tidak ada pengalaman.

Hanya sekarang, persaingan semakin banyak disebabkan semakin ramai yang mencari peluang bekerja dari rumah.

2. Medical Transcription

Secara asasnya, transkripsi perubatan melibatkan kerja-kerja memindahkan audio daripada pengamal perubatan ke bentuk teks.

Antaranya ialah sejarah perubatan pesakit, ringkasan discaj, dan laporan perubatan.

Pada tahun 2019, US Bureau of Labor Statistics mengeluarkan laporan bahawa permintaan untuk transkripsi perubatan di Amerika Syarikat menunjukkan trend menurun.

3. Legal Transcription

Seperti perubatan, transkripsi guaman melibatkan banyak istilah bidang. Maka, pentranskrip perlu ada pengetahuan berkaitan.

Anda perlu fasih dalam bahasa yang mahu ditranskrip dan faham format mahkamah.

Disebabkan sistem undang-undang di setiap negara berbeza, bidang ini selalunya terhad kepada negara asal/ pemastautin pentranskrip.

*****

Tuan mencari pentranskrip?
Do contact me by clicking this link.

Atau, klik di sini jika anda mahu belajar menjadi ghostwriter.

#iamatranscriber#TAteam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s