WFH: Setup Ruang Kerja

Selain menambah baik skill, saya selalu memastikan tools dan ruang kerja berada dalam keadaan yang baik. Tak kisahlah ruangnya tunggang-terbalik macam mana pun, yang penting sembilan perkara ini berada dalam keadaan yang baik.

Kepada rakan-rakan yang mencari, ini antara kelengkapan penting yang saya sediakan bagi setup ruang kerja yang ergonomik sebagai seorang pentranskrip, dan pekerja ekonomi gig bahasa.

Kerusi sedap
Obses sungguh dengan kerusi sedap sekarang ni. Nak duduk lama, kan. Ini pelaburan berbaloi, bagi memastikan kita dapat bekerja dengan lebih selesa.

Meja boleh laras
Meja ini kecil sahaja. Namun sangat berguna apabila tiba-tiba datang mood mahu berpindah-randah. Sekejap nak bekerja di bilik (tepi katil), sekejap lagi nak ke ruang tamu. Tak payah pening, tolak sahaja meja ke ruang yang dimahukan.

Headfon, my favorite ANC3000
Sebab pentranskrip kena dengar banyak audio, perlu headfon yang sedap dan tak menyakitkan telinga. Saya gunakan ANC3000 dan puas hati. Ada masanya, lepas empat jam pun masih okay. Buka pun sebab mahu lap peluh. Panaih kan sekarang ni, maklumlah.

Keyboard lawa dan sedap diketik
Disclaimer, saya gunakan keyboard yang dibeli di kedai fizikal. Dan sampai sekarang masih jeling-jeling keyboard gojes ini. Bukan saja gojes, yang penting butang delete, end, home, page up dan page down itu ada berasingan. Ini sangat penting. Jenuh wei kalau kena kongsi dengan huruf lain. I is not like.

Back Support
Selain guna kerusi sedap, sesekali saya pakai juga back support ini. Terutamanya apabila ada kerja back-to-back dengan deadline rapat-rapat. Kasi lurus postur badan, duduk tegak, lepas tu sambung semula sambil terus pakai back support ini.

https://shp.ee/bncsche

Ring Light dengan Tripod
Ini pun penting juga, kalau tiba-tiba kena hadir meeting dengan klien. Kenalah ada cahaya ekstra, gitu. Bagi klien nampak wajah kita yang bercahaya dan penuh keyakinan, mudah nak close job. Kita pun senang hati apabila tengok setting lawa.

Nak lengkap, pasang tapestry pada dinding juga.

Coffee Cup
Nak minum kopi, kenalah ada cawan seramik dengan pemanas kendiri. Ada masanya, lupa nak minum. Lepas tu kecewa apabila kopi dah sejuk. Merajuk dengan diri sendiri, huhu. Sebagai penyelesaian, kita letak siap-siap kopi ni atas pemanas pintar. Katanya, boleh gunakan untuk letak lilin terapi juga. Nice, kan?

https://shp.ee/emkhbvd

Kanu Coffee (siap ada free tumbler lawa)
Kopi sedap kenalah ada. Jika sebelum ni, saya rajin minum Nescafe. Sejak abang musang dan tuan hakim minum kopi ni, kita pun ikut. Minum kopi O tanpa gula, katanya.

Pic from Hospital Playlist 2

Masa hadapan
Yang ini, istimewa sikit. Ambil sekali pakej yang ada poster, supaya mudah untuk kita lihat masa depan. Hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s