Reviu Buku : Chimera Naga Terakhir

Chimera Naga Terakhir

Penulis: Hasif Rayyan

Penerbit: Aye Chip Enterprise

296 halaman

Judul buku ini jelas, ia adalah karya genre fantasi. Hanya, apabila membacanya saya dapat melihat penulis muda yang juga seorang guru sains ini turut tidak melepaskan peluang menerapkan pengetahuan sains kepada pembaca di dalam penulisannya. Usaha yang baik.

Pada awalnya, saya mengikut siri ini melalui laman Instagram penulisnya. Perkongsian petikan-petikan perenggan di ruang kapsyen gambar cover buku yang dilakukan buat beberapa minggu itu berhasil menarik perhatian saya. Dari situ, saya tidak berfikir panjang apabila Hasif memaklumkan naskhah Chimera Naga Terakhir sedang dicetak.

Kali pertama membelek buku ini, saya terfikir-fikir mengapa nama ilustrator diletakkan di kulit buku. Barangkali, sebagai penghargaan kepada pelukis kulit buku itu sendiri, memandangkan penulis pernah terlibat dalam projek komik. Jangkaan saya meleset apabila melihat terdapat beberapa halaman ilustrasi watak dimuatkan di dalam buku ini, selain ruang pengenalan watak sebelum Bab 1. Bagus sekali! Ia membantu saya menggambarkan rupa watak sewaktu membaca. Oh ya, bercakap pasal lukisan, ada hadiah cantik juga buat tatapan pembaca di hujung-hujung halaman buku pasal anak naga ini.

Cerita untuk pembaca remaja ini menepati judulnya apabila ia memaparkan Long (anak naga yang diklonkan) sebagai watak utama. Karakter ini, seperti ilustrasinya mengingatkan saya kepada watak Chibisuke dalam anime Dragon Drive yang juga berevolusi mengikut suasana persekitaran dan watak tuan yang menjaganya. Anime yang saya tak jemu tonton berkali-kali sampai sekarang, haha!

Sesuai dengan sasaran pembaca, Zaqwan (watak remaja) juga dipaparkan sebagai watak penting yang menggerakkan cerita hingga akhir. Namun, usianya tidaklah dapat saya pastikan kerana tidak dinyatakan secara jelas oleh penulis. Saya mengandaikan Zaqwan dan sahabatnya Saiful berada pada usia awal remaja, sekitar 11-13 tahun berdasarkan sikap mereka yang ada masanya memberontak terhadap ibu bapa. Namun, kedua-dua remaja ini dilihatkan sebagai anak yang baik, penyayang dan menghormati orang tua apabila mereka cepat sedar dan meminta maaf setiap kali melakukan kesalahan.

Sepanjang pembacaan, saya tertarik dengan hubungan yang terjalin antara Zaqwan dan Long. Seperti budak yang menjaga haiwan peliharaan, Zaqwan tidak berhenti mempamerkan perhatian dan keprihatinannya kepada makhluk dari angkasa lepas itu. Penulis juga bijak menyelitkan banyak pesanan moral dan kasih sayang kepada pembaca melalui naratif dan dialog di antara kesemua watak di dalam cerita dan khususnya antara dua watak utama ini. Sekaligus, ia menjadikan naskhah ini sebagai karya yang bagus untuk bacaan kanak-kanak dan remaja.

Akhir sekali, saya suka cara cerita ini ditamatkan. Benar, hidup ini sentiasa mengenai pilihan. Seperti kata Charles R. Swindoll, “Life is 10% what happens to you and 90% how you react to it.”

Suka untuk saya menambah, kisah ini pasti akan lebih menarik apabila penulis bereksperimen lebih banyak dengan teknik olahan ayat. Selain itu, saya fikir jika watak Raion diberikan lebih banyak pendedahan, ada daya penarik yang lain untuk pembaca kerana dia diperihalkan sebagai bakal pengganti Raja Ergax. Mungkin, penulis ada cadangan untuk watak ini dalam naskhah yang lain.

Tahniah, Hasif Rayyan. Semoga terus menghasilkan karya yang baik dan sedap dibaca pada masa hadapan.

Menulis Rahsia?

“Kita tidak perlu menulis atau menceritakan rahsia kepada orang lain. ”
-James W. Pennebaker

Ya, tidak perlu membuka aib sendiri. Namun, perasaan atau fikiran yang tidak terlafaz ini perlu juga diluahkan. Menulis adalah salah satu caranya. Secara halus, ia membantu menjernihkan perasaan.

Sama ada tulisan itu kemudiannya dibuang atau disimpan untuk dilihat semula kemudian hari, itu bergantung kepada kita.

Seperti melukis, aktiviti menulis juga sejenis terapi. Sekalipun hanya sebaris ayat yang berjaya dikeluarkan, tulis sahaja. Maafkan diri sendiri, buat perkara lain. Tak semua orang boleh menulis panjang-panjang setiap kali pegang pen atau sentuh papan kekunci. Esok, tulis lagi.

Nota : PBAKL sudah sangat hampir. Poket dah cukup tebal ke? Senarai buku yang nak dibeli dah ada?

Jom Freewrite

New icon for the site.

Love the term, freewrite. What does it means?

Free, as in freedom. At your own will. As you like.

Write, writing of course.

Combine, write as you like. No limit, do not border on rules. Just write, for the sake of writing itself.

I am currently learning about this, how James W. Pennebaker and Kang Hernowo had done previously.

Insya-Allah, I will share about freewrite in other post. Kita belajar sama-sama, berlatih juga bersama-sama.

Headset & Speaker

Do a survey today. Testing several headsets, look at speakers, planning which to buy or will not buy at all.

Still, I manage to find a good headset. Love the grip on both ears, shut out all sound from outside. Plus, it’s wireless. I somehow imagine, It will help me to focus on the white screen upon me, and not pay attention to other things while writing.

To be honest, this is my first time doing such thing. Taking my own sweet time choosing a speaker and headset, which I always do not bother before. Just play songs through my Asus Zenfon speaker or use speaker on my pc, using the one my brother give. Good experience, I guess. I love the feeling, enjoying the moment, test one by one without any bias. Just decide after trying.

It makes me think. Can I do the same with people around me? Stop judging myself and others while having conversation or hang around. Like our kids, within few seconds, they can laugh together and play happily. Sigh, you have longgg way to go dear.