Ghostwriter

Ghostwriter biasanya disebut sebagai penulis hantu. Ia juga ditafsir sebagai penulis siluman. Mengikut Kamus Dewan, siluman ialah orang halus, bunian. Makhluk yang tidak kelihatan.

Secara literal, maksud ghostwriter ialah penulis yang tidak kelihatan. Karya terbit, tetapi nama penulisnya adalah orang lain.

Umumnya, penulis siluman adalah orang yang mengambil upah menulis untuk orang lain. Bermakna, klien akan dapat karya dan penulis terima upah. Selesai.

Mengapa ada pekerjaan / servis ini?

Dalam dunia, jarang ada orang yang pakar dalam dua perkara serentak.

1. Ada yang dikurniakan kelebihan idea, selalu ada banyak buah fikiran dan hal mahu diucapkan, tetapi dia tidak ada satu perkara; masa untuk menulis atau menumpahkannya ke atas kertas.

2. Ada yang suka bercerita tetapi dia tidak tahu cara menulisnya menjadi ayat yang sedap dibaca.

3. Ada yang lebih gemar bercakap dan perlu bantuan orang lain untuk mengubahnya ke bentuk teks.

Sejauhmana hebat pun idea itu, tinggi atau banyak macam mana pun ilmu yang dimiliki, tidak berguna apabila tidak diamalkan. Rugi besar, apabila tidak diikat (ditulis). Sangat baik, apabila ilmu itu kita tulis da terbitkannya. Biar ia pergi jauh dan menembusi lebih banyak fikiran dan hati, dengan izin Tuhan.

Kata Ali bin Abi Thalib r.a, “Ikatlah ilmu dengan menuliskannya.”

Atas dorongan itu, saya sebagai orang yang suka menulis dan belajar benda baru berbesar hati menawarkan khidmat sebagai penulis siluman ini.

Selaku penulis siluman, berikut adalah khidmat yang saya tawarkan:

  1. Menterjemah artikel (BI – BM).
  2. Menulis artikel (how-to, tip ringkas, straight to the point, dsb)
  3. Menulis ebook.
  4. Menulis manuskrip untuk buku fizikal dan membantu menguruskannya sehingga terbit (self-publish).
  5. Menulis semula / transkrip audio kepada teks.

Sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui nombor dan alamat emel yang tertera. Mohon kirim teks melalui Whatsapp / Telegram, supaya memudahkan urusan pada pihak saya.

Untuk senarai harga dan jenis pakej servis menulis artikel, klik di sini untuk urusan lanjut.

Terima kasih.

Yang berkhidmat,

Siti Rahmah Mokhtaruddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s