Kisah Tatar : Dari Pasar Hamba ke Takhta Sultan

Kisah Tatar begitu magis dari aspek kemunculannya yang begitu mendadak. Entah dari mana, tidak semena-mena bangsa ini muncul dari kawasan pergunungan Mongolia dan berkembang dengan begitu cepat. 

 Begitu juga ia luar biasa dari sudut peristiwa yang berlaku dengan jumlah ketumbukan tak masuk akal, pembunuhan dahsyat, bilangan kota dan wilayah yang dimusnahkan serta pengkhianatan oleh orang Islam sendiri sehingga mengakibatkan tragedi yang tidak pernah difikirkan ini berlaku. 

Mengapa kita perlu membaca dan belajar daripada sejarah?


Mengapa Allah menyuruh kita membaca sejarah walhal kita diminta membuat persediaan untuk menghadapi hari kemudian? 

Ini kerana hal yang berlaku di dunia adalah peristiwa yang berulang-ulang. Hanya berbeza masa, tempat, watak dan pelakunya sahaja.  

Allah Taala menyebutkan pada beberapa tempat sebagai peringatan buat kita, berkaitan sejarah: 

ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (176) الاعراف 

Maksudnya: “Demikianlah bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.” (Al-A’raf: 176) 

Tidaklah terjadi sesuatu peristiwa itu sia-sia

Kejatuhan Abbasiyah itu ialah takdir Allah, supaya Saifuddin Qutuz bangkit sebagai penyelamat maruah umat Islam daripada kejahatan bangsa Tatar.

Maka, tidak ada kerugian buat yang membaca dan belajar daripada peristiwa sejarah. Kita pasti tidak mahu peristiwa hitam dan sangat menyakitkan ini berulang. Salah satu inti penting bagi memastikan ia tidak berlaku ialah mengkaji punca dan membaikinya dalam masyarakat hari ini.

Kita tidak mahu ia hanya kekal sebagai peristiwa lama yang kemudiannya hanya diulang-ulang sebagai bahan ketawa musuh-musuh Islam dan kita langsung tidak mengambil sebarang iktibar daripadanya.

Mahu jadi antara yang pertama mendapat maklumat bagi mendapatkan set ebook ini?

Isi maklumat di bawah dan klik hantar: