Reviu

Page ini khusus memuatkan reviu mengenai buku, drama, filem dan apa sahaja produk yang saya suka.

Segala yang ditulis dalam reviu adalah tertakluk kepada pendapat dan kajian peribadi saya dan penulis yang saya jemput, tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Bahkan, tidak ada sebarang niat untuk menjatuhkan sesiapa. Sekiranya kalian tidak suka atau tidak bersetuju dengan tulisan saya, dipersilakan untuk tidak bersetuju kerana hal itu sememangnya subjektif. Saya percaya, perkara ini akan membawa kepada ruang diskusi yang baik apabila dibincangkan secara matang dan terbuka. Terima kasih.

Find Me In Your Memory

Reviu Episod 1 & 2

Teaser Trailer. Trailer ini ditayang buat kali pertama semasa Anugerah Drama MBC 2019.

Judul: 그 남자의 기억법 / Geu Namjaeui Gieokbop / The Man’s Memory
Tarikh tayang: 18 Mac 2020 dan akan berakhir pada 13 Mei 2020.
Genre: Romance and thriller, drama.
Pengarah: Oh Hyeon-Jong
Drama 32 episod di saluran MBC.

Sinopsis
Mengisahkan mengenai pembaca berita, Lee Jung Hoon yang menghidap penyakit hyperthymesia, iaitu keadaan tidak normal di mana seseorang mempunyai keupayaan untuk ingat setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya secara terperinci dan seorang wanita, Yeo Ha Jin yang melupakan sebahagian memori penting dalam hidupnya untuk meneruskan hidup.

Rancangan berita Jung Hoon yang disiarkan secara langsung sentiasa mempunyai rating tontonan yang tinggi. Pembaca berita kacak ini selalu tampil lembut dan menyenangkan namun di sebalik semua itu, dia bersikap kejam apabila bertanya soalan-soalan agresif kepada tetamu jemputan di studio tanpa mengira latar belakang mereka.

Disebabkan ingatannya itu, Lee Jung Hoon mengingati setiap hari dalam hidupnya sejak kecil tanpa gagal termasuklah kenangan mengenai teman wanitanya yang sudah pergi 8 tahun lalu.

Pada masa yang sama Yeo Ha Jin, selebriti yang sedang meningkat naik dan selalu menjadi bahan berita muncul dalam hidup Jeong Hoon. Di sebalik semua perhatian yang diterima, Ha Jin tetap yakin dan selalu jujur kepada khalayak dan peminatnya menyebabkan dia sering dikaitkan dengan skandal. Namun, tidak ada sesiapa yang tahu bahawa dia mempunyai rahsia besar mengenai ingatannya.

Lelaki yang tidak boleh melupakan dan wanita yang sebahagian ingatannya hilang, pada titik mana mereka akan bertemu dan perlahan-lahan menjadi individu yang saling menenangkan, memahami antara satu sama lain dan jatuh cinta pada akhirnya?

Pelakon:
Kim Dong Wook sebagai Lee Jeong Hoon
Moon Ga Young sebagai Yeo Ha Jin / Ha Na
Yoon Jong Hoon sebagai Yoo Tae Eun
Kim Seul Gi sebagai Ye Ha Kyung
Lee Jin Hyuk sebagai Jo Il Kwon
Lee Joo Bin sebagai Jung Seo Yeon/ Yeong
Jang Young Nam sebagai Choi Hee Sang
Kim Chang Wan sebagai Yoo Sung Hyuk
Lee Seung Jun sebagai Kim Chul Woong
Joo Seok Tae sebagai Moon Seung Ho
Ji Il Joo sebagai Ji Hyun Geun
Shin Joo Hyup sebagai Moon Chul
Kil Hae Yeon sebagai Seo Mi Hyun
Cha Kwang Soo sebagai Lee Dong Young

Insya-Allah, saya dan penulis jemputan (saudari Farahi Kamaruddin) akan menulis reviu mengenai drama ini.
Akan datang…. 7 Mei 2020 #findmeinyourmemory

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s