TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #4

Semalam, saya menduduki satu lagi ujian untuk pentranskrip. Seronok, sebab setiap kali saya belajar sesuatu. Selepas hantar, ada isu teknikal pula. Maka, saya maklumkan kepada pihak admin dan sama-sama mencari penyelesaian.Alhamdulillah, pagi ini isu berkenaan berjaya diselesaikan selepas lima kali percubaan. Semoga lulus, bersama markah lebih untuk kegigihan. Kahkah Untuk rakan pentranskrip, perhatikan hal berikut: … Continue reading TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #4

TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #3

Tahukah anda? Purata 4-5 jam diperlukan untuk mentranskrip audio 1 jam. 4 faktor mempengaruhi proses mentranskrip audio/video Sebetulnya berapa lama masa yang diperlukan untuk mentranskrip sesebuah audio/ video? Secara purata, empat hingga lima jam diperlukan untuk menyalin semula konten rakaman ke bentuk teks. Ini merangkumi rakaman daripada pelbagai kualiti dan situasi. Selain faktor kecekapan transkriptor … Continue reading TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #3

TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #2

Selepas saya berkongsi mengenai servis transkriptor, ada rakan bertanya. Transkriptor ni kerja ghostwiter ke? Bagaimana kerja-kerja transkrip ini dibuat? Maka, saya berkongsi di sini. Benar. Salah satu khidmat yang boleh dilakukan oleh penulis siluman adalah menjadi transkriptor. Bahkan, ia antara cara yang paling mudah dan pilihan yang baik untuk bermula sebelum kita menjadi lebih yakin … Continue reading TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #2

TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #1

TRANSKRIP AUDIO Ini gajet untuk saya bekerja secara mobil. Saya tidak ada laptop, dan selalunya bekerja di depan pc di rumah. Apabila perlu bekerja di luar, inilah yang saya bawa untuk kerja-kerja transkrip audio. Mengapa tak ada laptop? Sebab laptop saya rosak. Insya-Allah, nanti poket dah tebal saya beli laptop yang baru dan ringan. Oh … Continue reading TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #1